Searching...
Monday, July 11, 2016
4:20 PM 0

Gara-gara tersebar video gelekan maut ghairah anak gadisnya, pelakon terkenal Kazar akhirnya buat keputusan yang paling GEMPAR dan mengejutkan seluruh peminat tanah air


Gara­-gara 'gelekkan maut' anak daranya yang dikenali sebagai Ira Kazar yang telah mencuri tumpuan sekaligus menjadi viral sejak semalam, pelakon dan penyanyi, Kazar Saisi, turut menerima kecaman daripada pelbagai pihak yang menyifatkan tindakan anaknya itu kurang manis untuk tatapan umum.

Justeru, menerusi akaun sosial Instagram (IG) Kazar atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi, telah meminta maaf bagi pihak anaknya itu dan menyatakan bahawa anak gadisnya itu bukanlah seorang anak yang jahat sebaliknya Ira hanya melalui zaman remajanya. Sebagai bapa, dia tetap menyayangi Ira dan tidak menyalahkan gadis itu atas kelakuannya.

Bagaimanapun, Kazar meluahkan rasa kesal dan sedih dengan tohmahan yang dilemparkan terhadap dirinya serta keluarganya sekaligus menganggap seolah­olah ada pihak yang
sengaja mahu mencalarkan dan merosakkan kegembiraan dan keceriaan mereka sekeluarga.

Tidak mahu terus tertekan dengan tohmahan dan kritikan tersebut, pelakon yang pernah meraih gelaran sebagai Pelakon Komedi Lelaki Terbaik TV Anugerah Lawak Warna 2014 ini mengumumkan beliau tidak akan aktif di laman sosial Instagram.

Pengumuman Kazar itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut­pengikut IG­nya yang rata­rata memberikan sokongan dan kata­kata semangat kepada pelakon yang popular dengan drama Ceplos ini.


Mempunyai lebih daripada 160 ribu pengikut di IG, selama ini Kazar dikenali antara selebriti yang sentiasa mencuit hati pengikut­pengikutnya menerusi kemaskini status­statusnya serta gambar­gambar yang dimuat naik di akaun sosialnya itu.

Sejak semalam, nama Ira Kazar panas dan menjadi bualan hangat pengguna internet ekoran sebuah video yang dimuat naik menunjukkan dia bergelek dengan gaya seksi dan ghairah berlatarkan lagu berjudul One Dance nyanyian Drake. Ekoran video tersebut, nama Ira menjadi trending.

Sumber: bacakejap

0 comments:

Post a Comment