Searching...
Thursday, June 23, 2016
8:20 AM 0

Ya Allah !! "Ibu.. bangun ibu...Adik bangun...Kenapa Muka ibu jadi begini...Ibu bangun Ibu" Tangisan Sayu Anaknya Melihat Ibu dan Adiknya Terdampar kemalangan yang amat mengerikan hari ini di Tanjung Malim dengan 16 kenderaan serentak

Treler berkenaan merempuh lima buah kenderaan termasuk kenderaan yang dinaiki dua mangsa. - Foto JPBM

TANJUNG MALIM: Dua maut dalam kemalangan melibatkan 16 kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Tanjung Malim, Perak.

Siasatan awal polis mendapati kemalangan yang berlaku pada 9.15 pagi itu, bermula apabila sebuah treler terbabas dari lorong kanan ke lorong tengah.

Treler berkenaan merempuh lima buah kenderaan termasuk kenderaan yang dinaiki dua mangsa.

Antara kenderaan-kenderaan yang remuk akibat dirempuh treler tersebut. - Foto JPBM

Akibat insiden, kenderaan yang dinaiki mangsa tersepit antara dua buah treler sementara kenderaan lain tidak sempat mengelak dan menyebabkan berlakunya rempuhan.

Mangsa yang maut adalah Nurul Syazeila Iryani Suhaimi, 28 tahun dan Hanna Umaira Mohd Hasnun, 17 bulan.

Kenderaan yang dinaiki mangsa tersepit antara dua buah treler. - Foto JPBM

Kedua-dua mangsa berasal dari Permatang Tok Jaya, Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang.

Sumber: kisahviralsemasa

0 comments:

Post a Comment