Searching...
Saturday, June 25, 2016
6:03 AM 0

Siapakah Sharifah Ladyana Itu Sehingga Membuat Awie Memilihnya Sebagai Bakal Isteri? Inilah Biodata Wanita Tersebut Yang...

Siapakah Sharifah Ladyana Itu Sehingga Membuat Awie Memilihnya Sebagai Bakal Isteri? Inilah Biodata Wanita Tersebut Yang...


Kuala Lumpur – Penyanyi rock Awie mengesahkan telah melangsungkan pertunangan dengan seorang wanita bernama Sharifah Ladyana pada 3 Jun lalu.

Berita pertunangan Awie dengan wanita yang dipanggil Lady itu terbongkar selepas sekeping gambar menyaksikan dua orang anaknya, Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha bersama Lady tersebar di internet.


“Ya, memang saya telah bertunang dan semua fakta yang dinyatakan sebelum ini benar,” kata Awie yang ditemui Kosmo! di kediamannya di Bukit Antarabangsa malam tadi.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman bagaimanapun mengaku tidak berhasrat mengumumkan pertunangannya kepada umum kerana menyifatkan perkara itu sebagai peribadi dalam kalangan keluarganya.

Sekitar minggu lalu, ada desas-desus mengatakan bahawa penyanyi lagenda rock itu telah menjadi tunangan orang dan nama wanita berkenaan turut terpalit. Namun selepas tersebarnya gambar Lady diapit oleh kedua anak Awie, Putri Leeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha didalam sebuah majlis pertunangan bagaikan menjawab persoalan yang timbul.

Memetik daripada laporan Berita Harian, majlis pertunangan secara tertutup itu dikatakan telah diadakan di Hotel Vistana Pulau Pinang, Bukit Jambut pada 3 Jun lalu. Majlis yang berlangsung itu juga dimaklumkan hanya dihadiri oleh beberapa ahli keluarga terdekat dari kedua-dua belah pihak termasuk ahli anggota kumpulan Wings sahaja.

Untuk pengetahuan anda, Ladyana merupakan kakitangan syarikat penerbangan dibahagian jualan tiket. Ada yang memberitahu bahawa Awie memilih Ladyana kerana sifatnya yang penyayang dan pandai mengambil hati anak-anaknya. Mereka dikhabarkan bakal berkahwin pada hujung tahun ini.

Walaubagaimanapun, Awie sehingga kini masih berdiam diri mengenai berita ini dan usaha pihak media yang menghubungi Awie untuk mendapatkan pengesahan daripada beliau juga gagal.
Sekitar hujung minggu lepas, ada khabar angin mengatakan bahawa Awie sudah bertunang dengan seorang wanita bernama Syarifah Ladyana selepas beberapa foto Ladyana diapit oleh dua orang anak perempuan Awie iaitu Putri Leeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha didalam satu majlis seakan majlis pertunangan.

Malah, ada juga foto Ladyana duduk seorang diatas pelamin dan ada sumber mengatakan majlis pertunangan itu diadakan secara tertutup di Hotel Vistana, Pulau Pinang sekitar 3 Jun lepas. Majlis itu turut dihadiri oleh keluarga Awie dan Ladyana termasuk anggota kumpulan Wings.


LADY (tengah) diapit Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha pada majlis pertunangan di Hotel Vistana Bukit Jambul, Pulau Pinang pada 3 Jun lalu.


0 comments:

Post a Comment