Searching...
Thursday, June 23, 2016
2:22 PM 0

Masih ingat Permaisuri Siti Aishah yang cantik dan jelita ini, selepas 15 tahun berlalu, INILAH 3 foto dan cerita terbarunya yang amat mengejutkan

Masih ingat Permaisuri Siti Aishah yang cantik dan jelita ini, selepas 15 tahun berlalu, INILAH 3 foto dan cerita terbarunya yang amat mengejutkan dan tak disangka-sangka.


Permasisuri Siti Aishah selepas 'menyamar' diri dalam kalangan rakyat biasa





Sekitar tahun 2011 di Soho KL , Ketika Permaisuri dah sihat dan datang breakfeast berjumpa dengan saya bersama keluarga beliau..

Kisah Permaisuri Siti Aishah dan saya
Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera,Ya kali ini saya akan menulis kisah Mantan seri paduka baginda Raja Permaisuri Agong Malaysia yang ke 11 , Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah. Dengan nama ALLAH YANG MAHA AGONG apa yang saya tulis ini adalah benar belaka dan ALLAH akan hancurkan hidup saya jika niat saya tidak baik...Saya hanya akan cerita apa yang saya perlu sahaja

Saya kurang pasti tarikhnya tapi seingat saya ia berlaku pada awal tahun 2010 , ada seorang kenalan saya dan juga rakan FB saya berkata Beliau serve Permaisuri Siti Aishah kat pavillion . Kawan saya tu namanya sazrul dan dia kerja di Jaguar Pavillion masa tu.Dia cakap Permaisuri nak beli kereta jaguar.Saya pun terus cakap dengan dia...SAZRUL,BOLEH TAK BERI TAHU PERMAISURI TU YANG SAYA NAK JUMPA DIA ? SAYA PUN TAK TAHU KENAPA SAYA NAK JUMPA DIA TAPI HATI SAYA BETUL2 NAK JUMPA DIA.BELIAU BETUL2 BUAT KAN SAYA TERINGAT KUAT PADA BONDA SAYA sebab bila suami dah tak ada orang buat tak tahu jer..Memandangkan dia ada number personal Permaisuri saya suruh dia sms dulu sebab saya hormati Permaisuri sebagai mantan Permaisuri Malaysia dan Selangor selagi beliau belum berkahwin, Beliau wajib dihormati kerana beliau telah DITABALKAN sebagai permaisuri takhta kerajaan walaupun beliau orang kebanyakan..

Jadi dengan izinnya Permaisuri Siti Aishah suruh berikan number telefon peribadi beliau kepada saya dan sebelum saya pergi training tomoi di sri rampai ketika tu, saya sms "Mohon diampun Yang Amat Mulia Paduka Permaisuri , saya anaknda bongsu Almarhum Sultan idris Shah dari perak,harap diampun kerana menganggu" sedang saya berehat dari training,malam tu Permaisuri reply SMS saya and say it was nice to hear form you..And lepas tu tak lama saya dah habis training telefon pun berbunyi dan namanya keluar di skrin telefon saya dan saya pun jawablah dan berbual dengan Permaisuri..

Angkat2 jer telefon bila dengar cara permaisuri bercakap saya dah tahu BELIAU SAKIT,TAK SIHAT DAN BUKAN DALAM KEADAAN DIRI BELIAU YANG SEBENAR.Saya dapat tangkap sebab arwah bonda saya juga ada alami sakit yang sama seperti itu.Kena disihir orang satu hal , dan ada orang cakap tak tahan daulat..Kang kalau nak cerita lebih2 ada pulak nak cakap POYO MACAM BAGUS sangat raja ni itu la ini la kan,Tapi hakikatnya kalau orang kebanyakan kahwin dengan Sultan yang berdaulat selalunya bila suami mereka mangkat , mereka akan jadi begitu macam tak senang duduk,Bukan saya nak memandai mandai ,ARWAH BONDA SAYA "Allahyarhamah Y.T.M.Dato Sri Cik Puan Norizan Binti Haji Hamzah" sendiri macam tu .Macam tenggelam timbul,kejap diorang ok kejap diorang tak.Sebab apa ? wallah hu alam..Daulat ke Tulah ke apa itu semua kelebihan yang ALLAH S.W.T. Pinjamkan kepad amakhluknya yang bergelar sang RAJA

Allahyarhamah UMMI/BONDA saya
Yang Teramat mulia
Dato Sri Cik Puan Norizan Binti Haji Hamzah
(Isteri Bongsu Kepada Almarhum D.Y.M.M.Paduka Seri Sultan Perak yang Ke 33)

Saya kalau training , saya selalu akan duduk di taman melawati rumah mak angkat saya . Pada malam yang sama juga dalam pukul 1pagi macam tu Telefon saya berbunyi lagi dan permaisuri telefon.Masa tu saya tengah lepak2 dengan kawan2 saya di rumah family dia tengok tv ramai ramai.Saya pun layanla berborak dengan Permasuri dan hati saya menangis sebab saya tahu beliau sakit .Beliau sembang benda2 yang boleh dikatakan tak masuk akal dan saya faham itu bukan beliau..Beliau tak sihat dan emosinya terganggu dan apa lagi ?jin setan semua pun campur la bagi lagi jahanam..Kalau orang yang tak pernah alami keadaan mistik macam ni orang akan cakap beliau kurang siuman atau GILA..sebenarnya beliau tidak GILA..!! Gangguan Jin yang membuatkan beliau macam tak tentu arah..Malam tu juga beliau jemput saya supaya lepak2 dan sembang dengan beliau di kediaman beliau tapi saya menolak sebab saya penat dan saya tak selesa begitu.Saya janji pada beliau yang pagi dalam pukul 10 macam tu saya akan datang ke kediaman beliau bersama keluarga (tak boleh nak bagi tahu kediaman beliau dimana sebab privasi) .

Keesokan harinya dalam pukul 10 macam tu sampailah saya dirumahnya dan saya tunduk salam dan cium tangannya dan bila tengok keadaan muka beliau ketika sambut kedatangan saya,saya rasa nak menangis sebab kesian saya tengok .Dengan muka yang pucat , keadaan diri macam tak terurus dan kelam kabut dirinya buat kan saya terkenang sangat arwah bonda saya yang alami keadaan yang sama.Kalau ikutkan , Sultan Selangor yang dulu Iaitu suami kepada Beliau adalah pangkat sepupu pada saya dan kira nya Permaisuri tu sepupu ipar la gitu..saya anggap kakak ler.Beliau pun tak mahu saya panggil beliau Tengku Permaisuri dan suruh panggil kak long jer.Saya pun turutkan.

Lepas tu dia ajak saya masuk dalam bilik pakaian dia untuk tolong pilihkan baju mana dia nak pakai ke majlis rasmi katanya kat finas,Sebab ada nak launching filem MOMOK LAGI apa entah tajuknya arahan M Jamil . Saya dah tak sedap hati sebab saya tahu beliau tak sihat dan beliau boleh bertindak sampai malukan diri beliau sendiri dalam keadaan macam tu dan beliau bukan mampu kawal diri beliau masa tu sebab beliau sakit.Yang jadikan saya terkejut lagi ialah beliau cakap beliau ada berlakon WATAK PENDEK dalam filem tu dengan hanya menyebut kalimah LAILAHAILLALLAH watak sebagai ibu kepada pelakon mana ntah dalam filem tu.PUNYALAH TERKEJUT BERUK SAYA BILA DAPAT TAHU YANG DIA BERLAKON ? saya terus sound permaisuri and cakap...DO YOU KNOW WHO ARE YOU ? YOU SEDAR TAK APA YOU BUAT NI ????? YOU ARE MANTAN RAJA PERMAISURI AGONG MALAYSIA YER.! bukan isteri tukang kebun ke apa..YOU AKAN JATUHKAN MARTABAT KERABAT DIRAJA kalau you buat begitu and beliau tersentap jap and fikir ..Betul jugak yer..and saya tak salahkan beliau sebab beliau tak sihatttttt..Beliau tenggelam timbul..dalam keadaan macam tu senang beliau diperbodohkan dan di tipu..and lepas tu beliau masuk bilik personal beliau buat apa tak tahu lah and ibu pada beliau datang pada saya dan menangis..ENGKU, PATIK MOHON ENGKU JANGAN BENARKAN PERMAISURI PERGI.TAHAN DIA.ENGKU FAHAM KAN? menangis Datin Sri Shamsina depan saya tunduk sebak dan saya pun cakaplah "DATIN SRI , SABAR YER..SAYA FAHAM DAN TAHU DIA SAKIT..ARWAH IBU SAYA PUN MACAM TU DULU TAPI KAMI KELURGA KUNCI RUMAH SEMUA TAK BAGI DIA KELUAR SEBAB DALAM KEADAAN MACAM NI PERANGAI DIORG BOLEH BAGI ROSAK NAMA DAN MEMALUKAN.mereka tak sedar,mereka macam tak mampu nak kawal minda dan diri mereka sebab salah satunya memang gangguan syaitan dan jin.Tapi kalau doktor diorg akan cakap sakit jiwa dan mental.Permaisuri diminta oleh Sultan Selangor yang sekarang untuk masuk hospital untuk rawatan tapi Permaisuri tak nak tinggal kat situ dan berdegil..Susah nak kawal beliau sebab beliau boleh jadi agresif kalau mengamuk.Sebab itu bukan diri dia...doktor and nurse datang pun beliau boleh halau balik...and say tanya kenapa Kak Long ? dia terus tarik saya masuk bilik and kunci cakap "KAK LONG TAK NAK MASUK HOSPITAL KUESSSSS, NANTI DIORG BAGI KAK LONG UBAT BIUS ..KAK LONG TAK SUKA..pada hal memang nak bagi dia bertenang tapi orang sakit macam ni kita kena pandai bertoleransi dengan mereka dan pujuk mereka.

Yang bagi saya lagi nak pengsan ialah bila Datin Sri cakap Uncle seekers cakap Poster filem momok jangan panggil aku kalau tak silap dah siap and ada gambar Permaisuri Siti Aishah kat situ sebagai PELAKON JEMPUTAN..Gila tak gila ??? PERMAISURI jadi pelakon? Bukan nak hina sebab memang la itu pekerjaan tapi HELLLOOOOOOOOOOOOO...PERMAISURI TU..!! dia bukan kena cerai .....she still permaisuri....bercerai mati dengan Almarhum Sultan .Saya terus cakap dengan mak permaisuri "ARE YOU SERIOUS ?????? MANA BOLEH.,..! SHE'S PERMAISURI ..BUKAN LEVEL ISTERI GENERAL KE APA..PERMAISURI TAHU KE APA?" mak permaisuri terus jawab "PATIK TAHU KU,TAPI PATIK TAK BOLEH BUAT APA..KAK LONG BERKERAS" saya pun sound la permaisuri balik..YOU CAN'T DO THAT...and setelah bertoleransi dengan Permaisuri,Barulah permaisuri tersedar yang diri dia siapa dan cakap cancel semua dan tak izinkan sebarang artikel mengenai nya di sangkut pautkan kat filem tu.Saya pula suruh Datin Sri hantar SMS pada uncle yang saya mewakili kerabat diraja tak izinkan juga perkara tu berlaku dan saya cakap kat datin sri dan scene lakonan tu pun kena delete,saya berani cakap macam tu sebab tahu permaisuri tak sihat dan ada sokongan dari pihak hospital dan pakar saya boleh dapatkan jika mereka nak saman atau alwan,lagipun permaisuri caakap dia tak sign apa apa dokumen perjanjian ke apa..Ini kalau Sultan Selangor tahu ni,Lagi la Tuanku Murka...Tak pernah dibuat Isteri Sultan jadi pelakon..Lain lah kalau dah kena cerai...ini BALU pulak tu..Bekas RAJA PERMAISURI AGONG lagi...kerja gila tak ?

Oklah,nak cerita semua tak tercerita pulak,tapi yang saya peliknya Uncle seekers tahu Permaisuri tu sakit macam tu dan kenapa tergamak beliau sebarkan gambar permaisuri yang tak menutup aurat pulak tu?? and memang aib permaisuri..Semasa dalam keadaan Permaisuri itu sakit,Beliau memang tak jaga sangat auratnya seperti selalu.Kalau keluar beliau pakai tudung and selalunya kalau bukan muhrim datang rumah ataupun di tempat tertutup beliau tetap tutup aurat tapi bila beliau sakit beliau main suka hati jer nak tudung ke tak,ikut mood dia jer la..Sama macam arwah bonda saya dulu..Kalau time dia sihat and waras..MEMANG TERSANGATLAH JAGA AURATNYA and bila dah sakit..buat selamba anad ikut suka jer nak jaga ke tak..Banyak gambar permaisuri dengan saya yang kami berdua tangkap dalam keadaan beliau tidak menutup aurat,i mean tak bertudung tapi saya tidak pernah terlintas pun nak UPLOAD ATAU SHARE sebab saya tahu beliau tak waras masa tu dan BERDOSA Tau jika kita aibkan orang seumpama makan daging sendiri...k,Dan plan diorg yang berkenaan nak jadikan Permaisuri ni dalam filem Momok tu tak jadi ialah semuanya berpunca dari saya , yer saya yang MENGHALANG sebab demi menyelamatkan maruah beliau sebagai wanita yang lemah dianiaya dan juga sekaligus martabat keluarga diraja Selangor .

Sekarang siapa yang ZALIM dan SELFISH ? korang nampak sendiri kan ?? DEMI ALLAH saya pernah inbox uncle seekers dulu kat profile FB beliau dan tanya selepas dah mula keluar blog tentang cerita cinta syhhhhh,saya tanya uncle " YOU TAHU DIA SAKIT, KENAPA YOU BUAT MACAM NI ?" dia hanya reply senyum jer..kalau saya tahu screen print dah lama saya print kan..tapi account lama tu saya dah delete...dan ada setelah lama saya tak jumpa permaisuri sebab saya busy Datin Sri telefon saya sebab dia cakap uncle seekers nak Duit berapa ntah saya kurang pasti jumlahnya,Tak berani nak estimate sebab berdosa pulak kalau benda tu tak betul kan.And setahu saya Dato Sri ayah pada permaisuri tak kasi dan tak izinkan uncle datang ke kediaman mereka and apa yang saya tahu melalui Datin sri , dia cakap Uncle seekers cakap Tak apa..kalau tak bagi atau kalau tak nak kerjasama dengan beliau,Beliau akan sebarkan gambar2 Permaisuri Aishah bersama beliau dalam keadaan yang tak sesuai..,sebab apa saya not sure sangat dah lupa tapi pasal ugut nak sebarkan tu,memang benar...Dan keluarga Permaisuri pun tetap berkeras sebab pelan2 permaisuri dah tersedar dari awang awangan dan mula mampu berfikir secara logik pelan2 setelah berubat...

Sekitar tahun 2011 di Soho KL , Ketika Permaisuri dah sihat dan datang breakfeast berjumpa dengan saya bersama keluarga beliau..

Sejak dari insiden tak puas hati itulah TERSEBARLAH GAMBAR PERMAISURI SITI AISHAH yang dalam keadaan begitu..Yer,memang uncle seekers becakap benar tentang apa yang permaisuri siti aishah buat TETAPI SAYA BERANI BERSUMPAH ATAS QURAN yang permaisuri ketika itu dalam keadaan TIDAK WARAS DAN SAKIT ......beliau adalah orang yang berbeza jika beliau sedar dan normal..Semasa beliau dalam keadaan tak sihat , Hilang keperibadian beliau sebagai seorang Permaisuri termasuk cara percakapan dan tingkah laku beliau...Dan apabila beliau sihat, Beliau seorang yang jaga akhlak dan budi pekertinya...Semasa beliau tak sihat,Beliau kasar dan biadap terhadap Bondanya sendiri dan apa bila beliau sihat , Beliau seorang anak yang baik...Itulah yang apa saya lihat dengan mata kepala sendiri disaksikan malaikat kiri dan kanan dengan kalimah ALLAH HU AKHBAR...Permaisuri memang seorang wanita yang tabah sebab dah la baruuuuuuu baik sakit masa tu,kena pulak gambar beliau disebarkan oleh makhluk ALLAH sorang tu..bayangkan ? beliau tertekan sangat and hanya ALLAH yang tahu bagaimana beliau rasa..saya kesian dekat dia sebab terjumpa salah orang...dan yer,memang saya juga yang suruh beliau ambil tindakan undang2 demi untuk membersihkan nama beliau walaupun dah agak terlewat,tapi saya percaya ALLAH MAHA ADIL dan ada hikmah disebaliknya .Permaisuri juga redha dengan ujian ALLAH SWT tapi hati beliau siapa yang tahu ? Bayangkan apabila diri kita diaibkan sebegitu rupa?? nauzubillah...Dari situlah bermulanya hubungan silaturahim antara saya dan Permaisuri Siti Aishah seperti adik beradik..dan hubungan itu kekal hingga ke hari ini....SAYA MEMBELA PERMAISURI SITI AISHAH kerana ALLAH SWT dan juga KERANA DEMI ARWAH IBU SAYA...sebab masa beliau hidup saya kurang matang dan tak tahu sangat nak buat apa..sekarang saya dah dewasa dan berpengalaman sedikit dari dulu dan apa yang patut saya buat,Saya akan lakukan dengan ikhlas hati...

Sebelum saya nak habiskan cerita saya ini , Saya mahu semua tahu yang saya menulis blog ini bukan nak balas dendam dekat Uncle seekers ...Demi ALLAH sikit pun tidak ada niat itu walaupun dalam hati ni sebanrnya memang geram dengan dia..Saya menulis sebab SAYA MAHU RAKYAT TAHU KEBENARAN DAN KEADAAN YANG SEBENAR...jangan cepat JUDGE orang bukan2...Apa yang saya tulis diatas tu semuanya apa yang berlaku di depan mata saya sendiri...bukan cerita rekaan.,Apa apa pun pembaca nilailah sendiri..Tepuk dada tanya selera,mana baik mana buruk..Kita semua ALLAH kurniakan akal..gunakanlah dengan sebaik mungkin...JAZAKALLAH KHOIRAN....

P/S:JANGAN TANYA MACAM MANA PERMAISURI BOLEH BERKENALAN DENGAN UNCLE SEEKERS TU SEBAB SAYA TAK PERNAH TANYA AND TAK NAK TAHU PUN...I JUST DO WHAT I HAVE TO DO

Yang Benar dan Ikhlas
KuEss Idris a.k.a. Royal Beauty Boxer
(Official FB : KuEssRBB)

Sumber: samsung--galaxy-note3

0 comments:

Post a Comment