Searching...
Sunday, October 18, 2015
12:12 AM 0

PADAM MUKA! Saksikan video Kamal Adli ditampar Emma Maembong kerana main Kayu Tiga?


Jika sebelum ini gambar lakonan yang mendakwa pasangan ini sudah bernikah menjadi perhatian dan hari ini melalui program Melodi, satu video Kamal Adli ditampar oleh Emma Maembong menimbulkan tanda tanya – selain nampak seperti mahu promo drama pun ada.

Melalui temuramah di dalam program tersebut, Kamal menafikan dia ditampar kerana bermain kayu tiga malah pelakon itu juga tidak mahu terlalu berbicara mengenai perkara berkenaan ketika ini.

“Tak ada apalah, macam mana dapat video tu? Tak adalah, saya tak nak komen banyak pasal benda ni. Supposedly between us je lah. Saya tak tahu pula yang ada orang nampak”

“Bagi saya settle dulu sendiri. Hopefully tak kecoh sangatlah. Kalau tak payah cakap pasal ni dulu boleh tak? Nantilah kita cerita benda ni” jelas Kamal kepada Melodi.

Sama-samalah kita tunggu sama ada kejadian ini hanya sekadar gimik atau betul-betul terjadi. Emma pun pasti mempunyai jawapan yang tersendiri bukan?





0 comments:

Post a Comment