Akhirnya Tabiat Pelik Seorang Gadis 18 Tahun Terbongkar Dan Mengejutkan Orang Ramai !!! | Inilah padahnya mempunyai tabiat pelik iaitu mengunyah rambut dan menelannya... seorang gadis telah menjalani pembedahan rumit untuk mengeluarkan gumpalan rambut seberat 4.1 kilogram di dalam perutnya...
Seorang gadis berusia 18 tahun menjalani prosedur perubatan rumit untuk membuang gumpalan rambut seberat 4.1 kilogram dari dalam perutnya... Ayperi Alekseeva dimasukkan ke hospital baru-baru ini selepas mengadu sakit perut hingga tidak boleh menelan makanan dan sukar untuk minum... Ujian pengimbasan sinar-X menunjukkan terdapat gumpalan rambut tersekat di dalam perutnya yang memerlukan dia menjalani pembedahan secepat mungkin...
Pakar bedah di hospital Bishkek, Profesor Bahadir Bebezov berkata gumpalan rambut di dalam perut Ayperi itu terbentuk akibat kegemarannya mengutip rambut yang digugur di permaidani sebelum memakannya. Dia juga mempunyai tabiat untuk mengunyah rambutnya sendiri... “Keadaan perutnya begitu teruk. Ia membengkak kerana gumpulan rambutnya. Terdapat juga bulu permaidani bersama-sama rambutnya apabila kami mengeluarkan dari perutnya,” kata Bahadir...
Selepas menjalani pembedahan itu, Ayperi berjanji untuk menghentikan tabiat buruk itu...
Foto : GUMPALAN rambut seberat 4.1kg yang dikeluarkan dari perut gadis berusia 18 tahun... Dia bukan satu-satunya orang yang terpaksa menanggung padah kerana mempunyai tabiat pelik... Pada Oktober 2012, doktor di Indore, India membuang gumpalan rambut seberat dua kilogram dari perut dan usus kecil seorang wanita berusia 19 tahun... Seperti Ayperi, dia juga suka memakan rambut, tetapi dicampur dengan kapur... - AFP via braderberger.
Sumber asal: kertassputih
Fakta dan Tip tentang Rambut
Kadangkala kita akan menghadapi masalah memilih syampu kerana terdapat pelbagai syampu dan tujuan yang berbeza. Oleh itu, mari mengenali syampu dan jenis rambut yang sesuai dengannya.
1. Syampu untuk rambut kering dan rosak: Digunakan untuk rambut keriting, rambut yang diluruskan atau diikalkan dengan bahan kimia, selalu menggunakan pengering rambut dan rambut yang sering terdedah kepada air masin dan klorin.
2. Syampu untuk rambut berminyak : Untuk mereka yang mengalami masalah kulit kepala dan rambut berminyak.
3. Syampu untuk bayi: Sesuai untuk mereka yang aktif dan kerap membersihkan rambut setiap hari.
Masalah biasa pada rambut:
1. Kelemumur
Kelemumur boleh dirawat dengan menggunakan syampu yang mengandungi asid salisilik, zink, tars atau selenium sulfat.
2. Rambut rapuh, pecah atau bercabang
Rambut boleh pecah di bahagian yang lemah sama ada di pangkal, tengah mahupun di bahagian hujung rambut.
3. Rambut gugur
Rambut akan gugur 100 helai sehari dan ada yang tidak akan tumbuh dan ini boleh menyebabkan seseorang menjadi botak.
Botak boleh berlaku dalam keadaan sementara atau kekal. Antara punca rambut gugur termasuklah penggunaan bahan kimia dan suhu yang tinggi semasa mendandan rambut serta masalah perubatan.
Rambut merupakan mahkota setiap wanita mahupun lelaki. Penjagaan rambut yang baik dapat menjamin kesihatan rambut, di samping mengelakkan rambut daripada masalah yang biasa dialami oleh orang lain.
Walaupun rambut sangat rapat dalam kehidupan harian, namun tidak semua mengetahui beberapa fakta menarik yang ada pada rambut.
Tidak kiralah warna rambut hitam, coklat, perang atau putih sekalipun, penjagaan rambut menjadi salah satu perkara penting dalam memastikan penampilan dan gaya seseorang sepanjang hari.
Bagi yang bertudung, kesihatan rambut amat penting dalam memastikan kesegaran rambut pada saat memakai dan membuka tudung setibanya di rumah. Yang berikut adalah fakta menarik mengenai rambut.
Fakta menarik:
1. Manusia mempunyai 100,000 helai rambut.
2. Rambut akan tumbuh 3-4 mm sehari atau 6 inci setahun.
3. Setiap hari 100 helai rambut akan gugur dan digantikan dengan rambut baharu.
4. Rambut sihat akan bersinar.
5. Rambut dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu folikel dan shaft (batang rambut).
6. Bilangan folikel kekal dan akan berkurangan mengikut usia.
7. Rambut mempunyai tiga lapisan keratin dan lapisan luar keratin ialah kulikel.
(sumber daripada Utusan Online Malaysia)
Sumber asal: malay.china.com
0 comments:
Post a Comment