Searching...
Saturday, August 15, 2015
10:38 PM 0

TERGEMPAR!! Akhirnya Ketua Umno Kuantan dedah identiti penderma 2.6 billion kepada Najib


Ketua Umno Bahagian Kuantan, Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat mendedahkan derma RM2.6 billion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri sebenarnya adalah sumbangan politik dari Arab Saudi kepada negara ini.

Menurut beliau, derma ini adalah sebagai tanda penghargaan negara tersebut kepada Malaysia yang memperjuangkan Islam.

"Ia sebagai penghargaan kepada Malaysia yang memperjuangkan agama Islam dan mengamalkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah."

Menurut beliau juga wang tersebut juga diberikan sebagai tanda menghargai usaha kerajaan Malaysia yang komited menyekat penyebaran fahaman kumpulan IS.

Tambahnya lagi, bukan Malaysia sahaja yang menerima derma dari Arab Saudi.

“Bukan Malaysia sahaja yang menerima sumbangan atau derma daripada Arab Saudi, ada lagi dua tiga negara lain turut menerima sumbangan sama, termasuk masyarakat Islam di Filipina dan (Selatan) Thailand,” katanya memetik laporan dari Sinar Harian.

Datuk Seri Wan Adnan berkata perkara itu didedahkan sendiri oleh Datuk Seri Najib kepada 146 Ketua Umno Bahagian di dalam satu perjumpaan pada Rabu lalu.

Menurutnya juga, Presiden Umno itu turut menjelaskan wang itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau kerana ia sumbangan Arab Saudi kepada Najib dan bukannya kepada parti.

Wan Adnan juga berkata semua ketua bahagian berpuas hati dengan penjelasan tersebut selain menyuarakan harap supaya perkara ini tidak lagi dipanjangkan.

“Buat masa ini, kita menghadapi cabaran sangat berat dan jika krisis kepercayaan berlarutan, ia pastinya menyukarkan jentera parti untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Selaku Ketua Umno Bahagian ini, saya akan membentangkan usul menyokong penuh kepimpinan perdana menteri dan pemimpin Umno yang lain pada Persidangan Perwakilan Umno Bahagian minggu depan yang akan dirasmikan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein,” katanya.


0 comments:

Post a Comment